Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh, Mohamad Zulfazlee Ruslan yang berasal dari Ayer Hitam, Kedah, apabila pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang tidak bekerja didakwa telah mengedarkan dadah itu iaitu kanabis di kem Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Padang Besar.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 39(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 kali sebatan.

Norhayati kemudian menetapkan 3 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu hasil laporan kimia.

Sesi pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fuad Abdul Aziz sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Akhbar pada 27 September lalu, melaporkan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 54 ketulan mampat ganja seberat 54 kg dari Thailand untuk pasaran negara ini, gagal apabila ditahan Aksem Perlis.

Suspek yang menaiki sebuah kereta mewah jenis Audi A4 ditahan semasa pemeriksaan rutin anggota agensi itu di Kilometer 9.9 Wang Kelian, Kaki Bukit, kira-kira pukul 10.30 malam. - UTUSAN ONLINE