Tertuduh, Ramlan Madon, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan api yang maksud hendak menyebabkan ke atas tiga buah rumah milik Suhaili Abu Bakar, Samakyah Johari serta Suzana Abu Bakar terbakar.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Jalan Surau, Kampung Melayu Pandan di sini pada pukul 9 malam, 25 November lalu.

Ramdan didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh sebutan kes selain mengarahkan tertuduh mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Hospital Permai. - UTUSAN ONLINE