Hakim Mabel S. Muttiah memutuskan demikian terhadap N. Vijendran, 32, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan menggunakan pisau sebagai senjata terhadap Ismail, 26, dengan merampas wang tunai RM130 dan seunit telefon bimbit di sebuah kilang, di Jalan TSB 9, Kota Damansara dekat sini kira-kira pukul 3.20 petang, 21 April lalu.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda serta sebat.


Vijendran tidak diwakili peguam sementara pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Zulkifli.


Sebanyak dua saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu Vijendran telah dipanggil sepanjang perbicaraan kes ini. - UTUSAN ONLINE