Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohtarudin Baki sebulat suara memutuskan demikian terhadap Shahrul Anuar Abdul Aziz, 25, selepas membenarkan rayuan akhirnya.


Beliau yang bersidang bersama Datuk Yaacob Md. Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berpuas hati bahawa rayuannya mempunyai merit selepas mendapati majistret yang mendengar perbicaraan kes itu tersalah arah dari segi undang-undang ketika mensabit dan menghukumnya.


Kuorum berkenaan turut menggugurkan rayuan balas pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap Shahrul Anuar.


Perayu yang kini merupakan pelajar sebuah pusat tahfiz merayu keputusan Mahkamah Majistret yang menjatuhkan hukuman tersebut dan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya. Denda RM1,000 itu telah dibayar.


Mengikut pertuduhan, Shahrul Anuar didakwa mencuri telefon bimbit Lenovo S860 berharga RM800 milik Techasia Boutique di Lot UG, K021, Tingkat UG, Plaza Low Yat, Bukit Bintang di ibu negara pada pukul 4.47 petang, 11 Julai 2015. - UTUSAN ONLINE