Penyerahan dokumen berkenaan menurut bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik menjadi Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram adalah mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Sri Ram ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah ketika pengurusan kes tersebut.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan terdapat beberapa dokumen perbankan yang masih belum diperoleh daripada pihak bank.

Najib, 66, didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan bagi mendapatkan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.

Perdana Menteri Keenam itu didakwa melakukan perbuatan itu di Am­Islamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014. - UTUSAN ONLINE