Pihak media dijangka dibenarkan masuk ke pekarangan kompleks mahkamah pada pukul 7 pagi.

Ahli Parlimen Pekan, Pahang dijangka menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. pagi ini.

Semalam, bekas Presiden UMNO itu, ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta di sini kira-kira pukul 2.35 petang.

Bekas perdana menteri itu telah hadir ke Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua kali bagi merakamkan keterangan berhubung SRC International.

SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. UTUSAN ONLINE