Iskandar Zulkarnain Zolkifly, 26, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Iskandar Zulkarnain yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

Mahkamah menetapkan 18 Disember ini untuk sebutan kes itu sementara menunggu laporan siasatan.

Dalam kejadian pada 21 Oktober lalu itu, seorang wanita, Robiatul Ain Mohamod, 27, yang merupakan seorang anak anggota polis ditemukan meninggal dunia dengan kesan tikaman di rumahnya.

Susulan itu, polis menahan suspek yang merupakan sepupu mangsa bagi membantu siasatan.

Polis juga menemukan sebilah gunting dan pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian pembunuhan yang menyaksikan mangsa ditikam empat kali dibahagian muka dan sekali di bahagian dada. - UTUSAN ONLINE