Tertuduh,  Badril Hisham Abu Mansor, 40, didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada seorang lelaki Tan Chai Soon, 46, di tingkat 6 Hotel Berjaya Waterfront di Stulang Laut pada 1.15 pagi.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Badril Hisham yang berkemeja hitam mengangguk memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Mohd. Nasir manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Oktober depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat. - UTUSAN ONLINE