Hakim Zulhelmy Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas Suhaimi Aderus mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Baharudin Abdullah, 32, dengan menggunakan sebilah pisau lipat sehingga menyebabkan kecederaan di dada kiri mangsa.


Kesalahan tersebut dilakukan di Jalan Tar, di sebelah rumah Kampung Kuantan, Sungai Masin, Batang Kali di sini kira-kira pukul 11.30 malam, 25 September lalu.


Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 26 September lalu.


Pertuduhan  dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amin Azmi mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.-UTUSAN ONLINE