NARA @ NIKMAN NORDIN
NARA @ NIKMAN NORDIN

Ketuanya, Nara @ Nikman Nordin berkata, pemilihan calon seperti itu bukan sahaja boleh merugikan Barisan Nasional (BN) malah dilihat tidak adil kepada mereka yang bekerja keras selama ini untuk memastikan parti berkenaan merampas semua kerusi berkenaan.

"Calon tempatan yang dikenali dan disukai ramai perlu diketengahkan kerana ia adalah antara kriteria boleh menang," katanya kepada pemberita selepas perlawanan bola sepak persahabatan antara pergerakan itu dengan Kelab Media Pahang di sini malam tadi.

Menurut Nara, pergerakan itu senada dengan UMNO Bahagian Kuantan yang mahukan kerusi Parlimen itu ditandingi parti tersebut pada PRU-14.

Katanya, sokongan berkenaan dizahirkan kerana UMNO dilihat lebih berpeluang cerah untuk membantu BN merampas semula kerusi Parlimen Kuantan berdasarkan kerja keras jentera parti itu sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Soal utama adalah gerak kerja. Bagi kami di pihak UMNO, jentera telah memulakan gerak kerja sejak lebih empat tahun lalu yang lebih meyakinkan untuk mencapai kemenangan," katanya.

Beliau juga berharap semua pihak bersikap realistik dan mengutamakan kemenangan parti daripada berebut untuk menampilkan calon daripada komponen mana.

"Mana-mana parti komponen tidak boleh mendahului Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membuat pengumuman tentang kerusi itu milik mereka. Itu adalah hak Pengerusi BN," tegasnya. - UTUSAN ONLINE