ZURINA AHMAD JUNDI
ZURINA AHMAD JUNDI

Zurina Ahmad Zundi, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdayakan Zainun Ali, 54, untuk mempercayai bahawa tertuduh ada menawarkan perkhidmatan pakej perkahwinan sekali gus mendorong mangsa menyerahkan wang sejumlah RM5,000 kepadanya sebagai wang pendahuluan pada 16 Mac lalu di sebuah bank di Pelabuhan Klang.

Bagi pertuduhan kedua pula, terduduh didakwa melakukam perbuatan sama kepada mangsa sebagai tambahan wang pendahuluan melibatkan jumlah RM2,000 pada 17 Jun lalu di sebuah premis di Seksyen 7,  Shah Alam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Amira Abd Aziz yang mengendalikan kes itu menawarkan wang jaminan RM10,000 tetapi tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta jaminan itu dikurangkan atas alasan dalam proses penjualan barang.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 November ini sebagai sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE