Tertuduh, Ng Boon San, 59, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd. Syafiq Mustaza.

Berdasarkan pertuduhan, Boon San didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang penternakan babi di Jalan Tanjung Labuh, di sini kira-kira pukul 10.30 pagi, 12 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Makanan Haiwan (Pembuatan dan Penjualan Makanan Haiwan Atau Bahan Tambahan Makanan Haiwan) 2012 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mohd. Faiz Ajis. - UTUSAN ONLINE