Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret S. Nisha kira-kira pukul 10.45 pagi di Mahkamah Majistret Klang di sini.

Peguamnya, Mohamad Akmal Arif Shamsul Kahar berkata, mahkamah sebelum itu mengenakan perintah tahanan reman selama empat hari tetapi pihaknya memohon pengurangan kepada dua hari.

Terdahulu suspek yang berusia 35 tahun memasuki perkarangan mahkamah pukul 10 pagi sebelum keluar kira-kira pukul 12.15 tengah hari menaiki kereta polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan. - UTUSAN ONLINE