Muhammad Nizam Azhar Adnan, 21, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah memiliki sebilah pisau kerambit tiada berjenama berhulu warna hitam di tempat awam tanpa maksud yang sah di hadapan sebuah kedai alat ganti telefon, Bangunan Sphere Bangsar South, di sini kira-kira pukul 8 pagi, 28 September lalu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menasihatkan tertuduh supaya insaf dan tidak mengulangi lagi kesalahan sama.

“Saya harap saya tidak akan berjumpa dengan kamu lagi dan diharapkan kamu telah insaf. Jangan susahkan mak ayah lagi,” katanya yang memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada hari kejadian.

Tertuduh yang sedang menjalani hukuman penjara sebulan atas kesalahan mencuri didakwa mengikut Seksyen 6(1)Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta sebat.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh namun Muhammad Nizam Azhar yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.


Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh telah ditahan kerana mencuri di kedai alat ganti telefon itu dan hasil pemeriksaan pihak polis telah menemukan sebilah kerambit yang diselit di belakang pinggang tertuduh. - UTUSAN ONLINE