Tertuduh, Sasry Ny, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Aizatul Akmal Maharani.

Berdasarkan semua pertuduhan, tertuduh didakwa memperdagangkan keempat-empat mangsa termasuk seorang wanita bagi maksud eksploitasi kerja paksa rakan senegara.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kilang plastik di Taman Perindustrian Pasir Gudang antara Julai hingga Ogos lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 11 Disember ini. - UTUSAN ONLINE