Perintah itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Tuan Ruzaini Tuan Lah terhadap suspek yang ditangkap sehari selepas kejadian di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjong. 

Perintah reman dikeluarkan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua puluh tahun dan sebat.

Ahad lalu, seorang pemilik premis menjual tudung dan butik kecantikan bersama pekerjanya disamun seorang lelaki yang dipercayai bersenjatakan sepucuk pistol dan melarikan pelbagai barangan kemas di sebuah butik di Jalan Kuala Krai di sini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.05 petang, kedua-dua mangsa yang berusia 23 tahun itu didatangi suspek yang bertubuh gempal yang menutup muka menggunakan topi keledar meluru masuk ke dalam premis sebelum melarikan wang tunai dan barangan berharga.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis bersebelahan menunjukkan suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego. - UTUSAN ONLINE