Walau bagaimanapun tertuduh, Nadzri Md. Noh, 37, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.

Bagi semua pertuduhan, dia yang bekerja di sebuah kedai makan di Pontian didakwa dengan secara sedar memuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah termasuk gambar alat kemaluannya menggunakan perkhidmatan aplikasi itu menerusi talian 012-7617918 dengan niat untuk menyakitkan hati pengadu.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 1.05 petang, 29 Disember hingga 1.49 pagi, 31 Disember 2014.

Hakim membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jamin sebanyak RM3,000 yang ditawarkan Pengarah Jabatan Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd. Sophian Zakaria dan menetapkan 13 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE