Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Amandeep Singh, 25, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap tukang kebun Sandeep Singh, 26, di sebuah premis di Taman Dato Senu Sentul, di sini pada pukul 8 pagi, 12 Disember lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE