Hakim Azhar Mokhtar bagaimanapun memerintahkan Mohd. Afif Abdullah, 26, dari Alor Setar, Kedah membayar pampasan sebanyak RM6,000 kepada mang­sa, Abdul Karim Abdul Rahman, 52,

Tertuduh sebelum ini membuat pengakuan tidak bersalah ketika kes itu yang disebut pada 31 Oktober 2014.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Afif bersama seorang yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Abdul Karim dengan menggunakan sebatang besi berwarna oren sepanjang 61 sentimeter dan menyebabkan mangsa cedera parah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan rumah Lot 126, Kampung Sena Off Jalan Tok Peduka, di sini pada pukul 4 pagi, 2 September 2014.

Mohd. Afif didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry dan tertuduh diwakili peguam, Zuhair 
Ahmad Zakuan.