Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemandu Uber wanita didakwa maki polis

Jabiah Norani didakwa mengeluarkan perkataan mengaibkan terhadap
Jabiah Norani didakwa mengeluarkan perkataan mengaibkan terhadap dua anggota polis trafik di susur masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam. utusan/AZMAN ASMAYATIM

BALIK PULAU 12 Sept. - Seorang pemandu Uber wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengeluarkan perkataan yang mengaibkan dua anggota polis, awal bulan ini.

Mengikut pertuduhan, Jabiah Norani, 33, didakwa mengaibkan Konstabel Abdul Wafiy Azmi dengan menyatakan kesediaan memberi suapan antara RM20 hingga RM30 bagi mengelak daripada disaman berikutan kesalahan lalu lintas.

Dia didakwa melakukan ke­salahan itu di susur masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas di sini kira-kira pukul 10 malam, 2 September lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Ja­biah dari Lebuh Macallum turut didakwa mengaibkan Koperal Mohd. Noor Firdaus Abdul Talib dengan mengeluarkan komen berunsur perkauman pada masa, tarikh dan tempat sama.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau de­nda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Azzuin Abdul Moati membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan kes pada 10 Oktober ini.

Pada 4 September lalu, akhbar melaporkan seorang pemandu Uber wanita ditahan kerana didakwa memaki hamun anggota polis selepas dia disaman kerana menggunakan telefon bimbit di susur masuk LTAPP.

Pemandu kereta jenis Perodua Myvi itu didakwa menggunakan kata-kata kesat termasuk me­nuduh anggota polis menerima rasuah, kaki buli dan mengeluarkan ayat perkauman selain me­nyamakan pasukan keselamatan dengan babi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain