Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret Seremban, Emysuriana Muhammad Subry selepas Pegawai Penyiasat Trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Inspektor Mohd. Syafiq Azmy membuat permohonan di Mahkamah Khas Reman di sini hari ini. 


Lelaki berusia 59 tahun itu yang memakai baju biru dan berseluar pendek kelabu tiba di mahkamah pada pukul 10.11 pagi dengan van polis bersama tahanan lain.


Penahanan reman tersebut membolehkan polis menyiasat lelaki terbabit mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dalam kemalangan pukul 5 petang itu, Lau Lian Huat, 62, dan isterinya, Lim Ah Gim, 60, yang menaiki kereta Perodua Alza terbunuh selepas sebuah treler hilang kawalan akibat satu tayar hadapan meletup lalu terbabas memasuki laluan bertentangan dan merempuh tiga buah kereta.


Pemandu treler menghilangkan diri sebaik kejadian namun menyerah diri di Balai Trafik IPD Nilai pada pukul 4.30 petang semalam. - UTUSAN ONLINE