Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemandu treler didakwa pandu laju hingga enam sekeluarga maut

KENDERAAT BERAT DAKWA
KENDERAAT berat tersebut secara laju sehingga menyebabkan kematian terhadap pemandu kereta dan sekeluarga maut baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA KUBU BHARU 6 April - Seorang pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memandu secara laju sehingga menyebabkan kematian terhadap enam sekeluarga di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), awal bulan ini.

Muhammad Syahrul Nizam Anuar, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhelmy Hasan yang bertindak sebagai Majistret.


Lelaki itu didakwa memandu kenderaan berat tersebut secara laju sehingga menyebabkan kematian terhadap pemandu kereta, Lam Wai Loon, 46; isterinya, Wong Cheq Lee, 53; dua anak mereka, Lam Jie Yang, 19, dan Lam Jie Hong, 13, serta adik Wan Loon; Lam Wei Keat, 35, serta bapanya; Lam Leong Choy, 76.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kilometer 403.2, Lebuh Raya PLUS arah utara, Hulu Selangor, kira-kira pukul 7.46 pagi, 2 April lalu.


Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.


Mahkamah menetapkan 4 Mei ini sebutan semula dan tiga hari perbicaraan bermula 21 Ogos ini.-UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain