L. Sukhdev Singh, 57, mengaku bersalah selepas pertuduhannya dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohamad Som.

Sukhdev didakwa memiliki telefon bimbit jenis Vivo Y25 berwarna putih bernilai RM600 milik A. Punitha, 37, di dalam kedai Pajak Gadai Jaya Utama, Dataran Dwitasik, Cheras di sini kira-kira pukul 11.50 pagi, 12 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan teksi yang dipandu kini kurang dinaiki penumpang malah dia juga menghidap darah tinggi dan kencing manis.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Tertuduh telah membayar denda tersebut. - UTUSAN ONLINE