Bagaimanapun, tertuduh, Anuar Wahab,46 yang memakai t-shirt berwarna putih dan berseluar hitam mengaku tidak bersalah selepas jurucakap mahkamah membacakan pertuduhan dihadapan Majistret Abdul Jalil Salam.


Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan peniaga makanan didapati memandu kenderaan dengan merbahaya kepada orang awam sehingga mengakibatkan kemalangan jalan raya.


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 12.5, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), dekat sini, kira-kira pukul 10.45 pagi semalam.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika disabitkan bersalah boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda maksimum RM15,000.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah V.M. Abdul Latif manakala tertuduh diwakili peguam, M Saravanan.- UTUSAN ONLINE