Tertuduh, Chin Chee Aun, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Lelaki itu didakwa melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu sisa pepejal pembinaan di tanah simpanan sungai (tanah kerajaan) di Jalan PK23, Kawasan Perindustrian Krubong kira-kira pukul 1.05 petang, 21 Julai 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pe­pejal dan Pembersihan Awam 2007 yang bo­leh dihukum me­ngikut Seksyen 71(8) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Yasser Mohd. Nasri dari Kementerian Ke­sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Meor Sulaiman menetapkan 4 Mei ini untuk pengurusan kes dan serahan dokumen.