Majistret Umzarul An Nur Umar menjatuhkan hukuman itu terhadap P. Gunaseelan, 30, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dihadapinya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memecahkan cermin kereta dan dua lampu kereta Perodua Myvi milik bekas teman wanitanya, B. Uma Naomi, 30, dan pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mendatangkan ketakutan dengan mengugut ' Aku bunuh ko' kepada mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen 506 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Kedua-dua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di dalam kawasan Taman Rimba, Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail di sini pada pukul 8 malam, 11 Januari lalu. - UTUSAN ONLINE.