Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, lelaki berusia 37 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu.

“Lelaki yang merupakan pemandu lori kepada sebuah syarikat pembekal ubat itu akan dituduh pukul 9 pagi esok.

“Dia akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, dua lori bertembung apabila lori tiga tan jenis Isuzu dipandu suspek melawan arus sejauh tiga kilometer di lorong tengah lebuh raya tersebut.

Hasil ujian air kencing terhadap suspek negatif dan suspek dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan alkohol dan dihantar ke Balai Trafik Ampang Jaya juga untuk ujian sama.

Suspek juga didapati memandu tanpa lesen dan mempunyai 64 saman yang belum diselesaikan serta 36 waran tangkap. - UTUSAN ONLINE