Muhd. Farizan Awang membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Shamsol Azwa Martadza.

Dia didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu,  Norazah Azizan meninggal dunia di tempat kejadian manakala 20 lagi cedera.

Majistret Shamsol Azwa kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 sementara menunggu sebutan semula kes dan lesen memandunya digantung sehingga selesai kes. - UTUSAN ONLINE