Hakim Dazuki Ali turut memerintahkan tertuduh, M. Indran, 32, yang beralamat di Taman Sentosa, Klang Selangor menjalani hukuman penjara selama enam bulan jika gagal menjelaskan denda itu.


Tertuduh didakwa menggunakan dokuman palsu ‘circular resolution’ milik Syarikat Gift Two K Holidays Sdn. Bhd. bertarikh 15 April 2014 yang kononnya membenarkan dia membeli bas syarikat pelancongan itu pada harga RM45,000. 


Tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada 20 Mei 2014 di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Raub yang mana perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa RayaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Fadly Mohd. Zamri manakala tertuduh diwakili Mohd. Hamizi Mat Said. - UTUSAN ONLINE