Majistret Siti Hafizah Jaafar menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Muhammad Nor Farhan Burhan, 19, mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan. 

Mengikut pertuduhan, Nor Farhan didakwa memuat naik komen yang bersifat jelek iaitu menghina Sultan Perak dengan niat menyakitkan hati seseorang melalui laman sosial Twitter miliknya di Bandar Baru Medan di sini pada pukul 10.30 malam 13 Oktober lalu. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE