Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis memutuskan demikian terhadap Hamzah Osman, 28, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam penghakimannya, Anselm berkata, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira hujahan dan penjelasan yang terperinci daripada pihak pendakwaan dan pembelaan selain keterangan 20 orang saksi-saksi pendakwaan.

"Justeru kamu, Hamzah Osman didapati salah dan sabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan seperti yang dipertuduhkan kepada kamu.

"Tiada hukuman lain yang diperuntukkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selain hukuman gantung. Oleh itu kamu akan digantung di leher sehingga mati," katanya.

Hamzah yang ketika kejadian bekerja sebagai pengemas bilik di resort berkenaan didapati membunuh Norazuda Iden, 31, yang hamil enam bulan pada kira-kira pukul 1 pagi, 18 Ogos 2008, di bilik 202, Suria Beach Resort, Teluk Nipah,
Pulau Pangkor. - UTUSAN ONLINE