Lelaki berusia 21 tahun itu minta dibicarakan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram itu sedangkan perhubungan tersebut tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaannya yang terpakai untuk berkahwin dengannya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 7 malam pada 8 Mac lalu di rumahnya di Kampung Kurnia Jaya Tambahan, Kamunting di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 21 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE