Alliff Al-Hafiz Ahmad, 24, dijatuhkan hukuman tersebut setelah mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa telah menggunakan sebagai dokumen tulen iaitu resit rasmi kerajaan Malaysia dan pelekat JBPM yang ditampal di dua alat pemadam api milik Chai Jye Niang, 41, yang ketahuinya sebagai satu dokumen palsu.

Tertuduh melakukan perbuatan tersebut di Nombor 12 Jalan Besar Chenderiang, di sini pada pukul 4 petang, 16 Oktober tahun lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hennie Soraya Hanafi. - UTUSAN ONLINE