Lim Hak Liang, 41, dituduh menyorok sebanyak 885 kilogram (kg) minyak masak di kedainya di Kuah di sini dalam pemeriksaan pasukan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 29 Oktober lalu.

Bagaimanapun Majistret Nur­shahida Abdul Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Januari ini untuk sebutan semula kes itu.

Tarikh sebutan semula kes itu dimohon Pegawai Pendakwa KPDNKK, Tarmezy Mohamad yang memerlukan masa bagi memperoleh laporan kimia minyak masak yang dirampas daripada tertuduh.

Hak Liang didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun penjara atau kedua-dua­nya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA