(Southern Ads) bertarikh 13 Mei 2011 bagi menyingkirkan peguam, Kamal Hisham Ja’afar daripada syarikat tersebut.

Menurut Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhamad Ezadee Lazan, berdasarkan dokumen ditunjukkan oleh peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Kamal

Hisham, mesyuarat agung luar biasa itu diadakan pada 6 Jun 2011 namun beliau tidak tahu siapa yang mengeluarkan notis tersebut.

Ditanya adakah notis itu dikeluarkan oleh penandatangan dokumen itu iaitu Sultan Johor, beliau yang juga pegawai penyiasat kes itu menjawab tidak pasti.

Beliau juga berkata, adalah benar seperti yang dikatakan oleh peguam bela itu bahawa notis itu telah diberikan kepada setia­usaha syarikat tersebut, Lilian Low oleh sultan berkenaan.

Saksi pendakwaan ke-20 itu bagaimanapun bersetuju dengan Shaharudin bahawa tiada tarikh pemecatan Kamal Hisham sebagai pengarah syarikat itu dinyatakan dalam notis tersebut.

Namun Muhamad Ezadee menyatakan beliau tidak pasti apabila disoal adakah beliau setuju bahawa resolusi syarikat berkenaan yang bertarikh 13 Mei 2011 tiba-tiba timbul buat pertama kali bahawa tarikh pemecatan tersebut ‘berkuat-kuasa serta-merta’.

Beliau menyatakan demikian ketika pemeriksaan balas oleh Shaharudin dalam perbicaraan terhadap Kamal Hisham, 47, yang menghadapi 17 pertuduhan melibatkan pecah amanah, menerima wang daripada aktiviti haram dan kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Pada prosiding ter­sebut, Muhamad Ezadee turut ditanya mengenai surat daripada firma perakaunan, Huang Tan Yeoh & Co. bertarikh 8 Mac 2011 kepada Sultan Johor berhubung pelantikan syarikat itu untuk menjalankan kerja-kerja audit khas dalam Southern Ads.

Berdasarkan surat itu, saksi tersebut berkata, beliau bersetuju dengan cadangan peguam bahawa surat berkenaan hanya dihantar kepada Sultan Ibrahim dan tidak dihantar kepada Southern Ads.

Menjawab soalan Shaharudin bahawa pelantikan akauntan Huang Hze Jiun adalah secara peribadi oleh Sultan Johor dan bukannya oleh Southern Ads, Muhamad Ezadee menjawab tidak tahu.

Beliau juga menjawab tidak tahu kepada soalan Shaharudin yang berkata bahawa Hze Jiun adalah orang luar yang tidak berhak membuat audit terhadap Southern Ads kerana tidak pernah dilantik oleh syarikat itu.

Disoal oleh seorang lagi peguam mewakili tertuduh, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz, saksi itu bersetuju disebabkan SSM tidak pernah merakam keterangan Sultan Johor maka suruhanjaya itu tidak tahu sekiranya Kamal Hisham pernah mengisytiharkan sebarang kepentingannya dalam syarikat lain selain Southern Ads kepada ba­ginda.

Beliau juga bersetuju bahawa disebabkan SSM tidak pernah mengambil keterangan daripada sultan sendiri, maka SSM tidak dapat kepastian bahawa baginda telah menyerahkan keseluruhan operasi syarikat kepada Kamal Hisham.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin bersambung 7 November ini.