Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pemilihan Peguam Negara dalam kalangan orang Islam juga penting melihat kepada tugas utamanya sebagai penasihat undang-undang utama kepada kerajaan.

“Maka Peguam Negara yang dicadang oleh kerajaan untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mestilah mampu untuk memelihara agama Islam bagi pihak Seri Paduka.

“Agak janggal sekiranya jawatan itu dilantik daripada kalangan bukan Islam atau mana-mana individu yang tidak mampu untuk menggalas tugas tersebut dengan berkesan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE