Jei Kogulaasrie, 47, didakwa melakukan pecah amanah wang yang dibayar oleh mangsa,  Amarjeet Singh, 51, bagi urusan pembelian hartanah di Pajakan Negeri Wilayah Persekutuan, Lot 17712, Mukim Setapak yang dimiliki oleh Maslor Maskom, 59.


Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu di pejabatnya di Firma Tetuan Jei Kogulaasrie & Partners di D-1-10, Putra Majestik, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh di sini, antara 10 Jun dan 4 Julai tahun lalu.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.


Hakim Azman Ahmad membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin RM40,000 berserta syarat tambahan, pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.


Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Jun ini.-UTUSAN ONLINE.