Keputusan itu dibacakan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid terhadap V.S. Reveentharan, 57, selepas mendapati pihak pendakwaan MBPP gagal membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan berkenaan.


Mahkamah turut memerintahkan Raveentharan yang merupakan defendan tidak perlu dipanggil untuk membela diri.


“Defendan tidak dimaklumkan atas kesalahan dan tidak dibenarkan membuat representasi semasa saman dikeluarkan menyebabkan alasan pihak pendakwaan tidak jelas,” kata Mohamad Amin.


Raveentharan didakwa meletak kereta di luar petak di dalam kawasan bidang kuasa MBPP di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, di sini kira-kira pukul 10.30 pagi 11 Mac 2014 dan didakwa mengikut Artikel 5(1) Pengangkutan jalan (Tempat Letak Kereta) MBPP 2014. - UTUSAN ONLINE