Panel lima hakim yang diketuai Hakim Tan Sri Ramly Ali dalam penghakimannya menyatakan, kenyataan yang dibuat peguam terbabit dalam dua buah artikel di sebuah portal berita telah menghakis keyakinan masyarakat terhadap badan kehakiman.

Pada 27 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan sebelah pihak Peguam Negara untuk memulakan prosiding menghina terhadap Arunachalam atau lebih dikenali sebagai Arun Kasi kerana didakwa membuat kritikan berkaitan dalam dua artikel yang disiarkan portal dalam talian Aliran pada 16 Februari dan 22 Februari 2019.

Dalam kedua-dua artikel itu, Arunachalam didakwa mengkritik perjalanan prosiding Mahkamah Persekutuan dan keputusan mahkamah pada 11 November 2018, dalam kes PCP Construction lwn Leap Modulation.