Mohd. Fairuz Mohd. Dahlan, 37, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali atas pertuduhan pecah amanah wang RM105,360.47 yang dibayar oleh Saihibi Saihinun @ Senon, 52, bagi urusan jual beli rumah berkenaan.

Mohd. Fairuz didakwa melakukan perbuatan itu ketika menjadi peguam bela dan peguam cara di firma guaman, Tetuan Fairuz & Associates di 27A-2A, Tingkat 2, Jalan Pandan Cahaya, 2/2 Taman Pandan Cahaya, Ampang dekat sini pada pukul 10 pagi, 12 Januari 2016.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ng Wee Li manakala peguam Nurul Suzilyana Mohamed Saat mewakili Mohd. Fairuz.

Mahkamah menetapkan 21 November ini untuk sebutan kes bagi pendengaran jaminan di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini. - UTUSAN ONLINE