J. Shanti, 48, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap wang berjumlah RM5,428,571.40 milik anak guamnya, Yap Keow Eng, 58, di Firma Shanti Jeyapalan, Zeti Zulfah & Partners, E-5-05, Blok E, Oasis Square, Jalan PJU 1A/71, Ara Damansara, pada 29 April 2015.

Pertuduhan tersebut dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazalina Razali mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan tidak mencadangkan ikat jamin terhadap Shanti atas alasan jenayah pecah amanah yang dilakukannya melibatkan jumlah wang terlalu besar namun peguam, Lim You Ping yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dibenarkan diikat jamin.
Hakim Azwarnida Affandi membenarkan tertuduh dijamin RM80,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Pada 4 April lalu, akhbar melaporkan, Shanti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan menipu dua individu berhubung pelaburan bagi mendapatkan rumah flat kos sederhana yang tidak wujud berjumlah RM450,000.