Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Ab Karim di sini hari ini.

Suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan ketika dipanggil memberi keterangan berhubung kes terbabit di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Terengganu di sini pukul 5. 10 petang semalam.

Suspek dikatakan meminta wang rasuah kira-kira RM10,500 daripada dua kontraktor sebagai balasan memilih syarikat tersebut bagi kerja-kerja pembekalan di universiti itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara tahun 2017 hingga 2018 dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.- UTUSAN ONLINE