Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nabila Abd. Rashid selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Kesemua empat individu itu yang berumur awal 30-an merupakan pegawai penguatkuasa JPJ di cawangan Bangi, Selangor.


Terdahulu, mereka tiba di mahkamah tersebut pada pukul 9.20 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga sambil tangan bergari.


Menurut sumber, suapan itu bertujuan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemandu bas sekolah tersebut yang didakwa tidak mempunyai permit sah.


Kesemua mereka ditahan pada pukul 3 petang semalan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.


Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana memperoleh suapan.-UTUSAN ONLINE.