Azmi Umar, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Azmi yang ketika itu menjawat jawatan Pegawai Mara Daerah Shah Alam didakwa bersetuju untuk menerima dan memperoleh suapan berupa wang tunai RM3,000 daripada Sarabano Noor Mohamed, 44, sebagai dorongan untuk Panel Jawatankuasa Mara meluluskan penyambungan kontrak penyewaan lot G12 dan G13 di Anggerik Mall, Shah Alam yang telah tamat tempoh pada 30 Jun 2014.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Hotel JW Marriot, No. 183, Jalan Bukit Bintang di sini pada pukul 10.45 pagi dan 12.45 tengah hari, 29 Ogos 2014.

Bagi pertuduhan bersetuju untuk menerima, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 manakala bagi pertuduhan memperoleh pula dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) akta sama. - UTUSAN ONLINE.