Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pegawai JPJ didakwa terima rasuah RM1,000

Md. Zamri Atan@ Mohd Salleh (kiri) mengaku tidak bersalah atas
Md. Zamri [email protected] Mohd Salleh (kiri) mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan, semalam. UTUSAN/ASWAD YAHYA

RASAH 31 Mac – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM1,000, empat tahun lalu.

Md. Zamri [email protected] Mohd. Salleh, 36, yang juga Ketua Pemeriksa Kereta Motor JPJ ne­geri didakwa menerima suapan wang tunai itu daripada Ng Ken Hing sebagai upah mempercepat dan mendapatkan laporan pemeriksaan sebuah kereta di Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Negeri Sembilan pada pukul 11 pagi, 15 Julai 2013.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurdiyanah Mohd. Nawawi mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Hakim Fathiyah Idris membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 2 Mei ini.

Tertuduh membayar wang jaminan tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain