Syed Abdul Rahman Perman,  35, yang kini digantung tugas, didakwa menceroboh pejabat tersebut di bangunan JPJ di Presint 4 di sini kira-kira pukul 1 pagi, 13 Julai lalu.


Majisret Ainna Sherina Saipolamin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan  kes pada 11 Oktober ini. 


Tertuduh yang ditangkap sehari selepas kejadian didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM6,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.  - UTUSAN ONLINE