Perintah reman terhadap wanita berusia 34 tahun yang bertugas di AADK Daerah Sepang, Selangor itu dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Khas (Reman) di sini selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM), Mohd. Khairi Abdul Karim.

SPRM mendapatkan perintah tersebut bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Wanita itu ditahan petang semalam di pejabat SPRM ketika memberi keterangan berhubung salah guna kuasa dalam pemberian projek pembekalan dan perkhidmatan bagi program pencegahan dadah kepada dua syarikat, masing-masing milik abang dan adiknya pada April tahun lalu dan Mac 2017. - UTUSAN ONLINE