Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Jamal, 48, selepas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu mengaku melakukan kesalahan berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan Jamal dipenjara satu bulan sekiranya gagal membayar denda.

Jamal didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pintu pagar utama Bangunan SSAAS kira-kira pukul 10.15 pagi pada 5 Oktober 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Amirah Haziqah Zulkifli mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM400.

Jamal diwakili peguam Datuk Mohd. Imran Tamrin. - UTUSAN ONLINE