Pecah botol arak depan bangunan SUK: Jamal Yunos didakwa
 Jamal Md. Yunos

Jamal, 48, membuat pengakuan tersebut di dalam satu prosiding selama 30 minit yang dijalankan di hadapan Majistret Mahkamah Shah Alam, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin di wad Premier, Hospital Pakar Ampang Puteri dekat sini.

Pendakwaan yang dilakukan di hospital berkenaan kerana Jamal mendapatkan rawatan berikutan dia mengalami sakit belakang.

Dia didakwa telah melakukan perbuatan itu sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam di depan pintu pagar keluar pos (1) Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Shah Alam dekat sini kira-kira pukul 10.15 pagi, 5 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Nasir Yusof.

Raja Noor Adilla membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan sebutan kes pada 8 Jun ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, sekumpulan lelaki 25 orang diketuai Jamal mengadakan sidang akhbar membantah penganjuran ‘The Better Beer Festival 2017’ sebagai simbolik bantahan penganjuran pesta berkenaan. - UTUSAN ONLINE