Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pecah amanah: Dua beradik mengaku tidak bersalah

Dua beradik mengaku tidak bersalah
DUA beradik didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuantan, Pahang hari ini atas sembilan pertuduhan melakukan pecah amanah dengan menggunakan kad inden milik Syarikat Rapid Bus Kuantan Sdn. Bhd. bernilai RM2,836. - UTUSAN ONLINE/MAHATHIR ALI

KUANTAN 16 Mei - Seorang penyelia kad minyak sebuah syarikat bas, Prasarana Malaysia Berhad dan adiknya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan pecah amanah menggunakan lima kad inden Smart Pay membabitkan pengeluaran minyak diesel sebanyak 1,831 liter bernilai RM2,836, Mei tahun lalu.

Khairulanuar Khairuddin, 34, dan Mohd. Khairul Bashar, 25, mohon dibicarakan selepas sembilan pertuduhan dibacakan di depan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan sebatan serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Mohamad Fadhly Mohd. Zamry menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 setiap seorang namun Hakim Habibah menetapkan RM7,000 setiap seorang dengan seorang jaminan.Hakim Habibah menetapkan 6 Jun ini untuk sebutan semula dan lantikan peguam. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain